SELAMAT DATANG DI BLOG SUGENGSTRIM

Thursday, 10 February 2011

10 TANDA KIAMAT BESAR

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR
SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR
Artinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
"Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami
pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu
beliau bersabda: "Apa yang kamu
perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang
berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw.
bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga
kamu melihat sebelumnya sepuluh macam
tanda-tandanya". Kemudian beliau
menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit
matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa
bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga
kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat
dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir
sekali adalah api yang keluar dari arah negeri
Yaman yang akan menghalau manusia kepada
Padang Mahsyar mereka".
H.R Muslim
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan
Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-
tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di
saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda
itu ialah:
Dukhan (asap) yang akan keluar dan
mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di
kalangan orang-orang yang beriman dan akan
mematikan semua orang kafir.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang
akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang
yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit
Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa
manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya.
Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima
iman orang kafir dan tidak menerima taubat
daripada orang yang berdosa.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan
bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan
Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan
beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat
oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang
akan membunuh Dajjal.
Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan
membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu
apabila mereka berjaya menghancurkan dinding
yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang
telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan
pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju
ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari
arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani
di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa
yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari
himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa
keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala
petanda-petanda besar yang mengakibatkan
perubahan besar yang berlaku dipermukaan
bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan
kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian
turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari
dari tempat tenggelamnya adalah permulaan
tanda-tanda qiamat yang besar yang akan
merosakkan sistem alam cakerawala yang mana
kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya
peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali
keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah
terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit
dari tempat tenggelamnya".
dipetik dari buku
42 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman
yang di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi
(Ahmad Fahmi Zamzam).

No comments: